Monday 21 November 2011

Final Sea Games Malaysia vs Indonesia

Seperti yang kita sedia maklum , malam ini merupakan penentuan juara bagi perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dan Indonesia. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia. Perlawanan akhir ini juga boleh di tonton di Astro Arena, TV 1 dan TV3.



Laluan Malaysia ke peringkat akhir bermula apabila di letakkan dalam kumpulan A yang di katakan kumpulan maut bersama sama Indonesia, Thailand, Kemboja dan Singapura . Perlawanan pertama peringkat kumpulan adalah di antara Malaysia dan Singapura dengan berkesudahan Malaysia seri dengan Singapura tanpa jaringan . Perlawanan kedua Malaysia adalah bersama juara 13 kali bola sepak Sukan Sea, Thailand . Kali ini sang harimau muda memastikan 3 mata penuh miliknya apabila menewaskan Thailand 2-1 . Selepas itu Malaysia semakin bernafsu untuk meletakkan kedudukan di tempat yang selesa selepas membelasah Kemboja 4-1 . Lebih menggembirakan skuad Harimau Muda apabila menundukkan sang garuda, Indonesia pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan 1-0 dan menjadi juara peringkat kumpulan . Dengan itu Malaysia layak ke separuh akhir bersama sama Indonesia . Pada saingan separuh akhir Malaysia telah bertemu Myanmar manakala Indonesia bertemu Vietnam yang merupakan juara kumpulan B . Malaysia telah melayakkan diri apabila menang tipis dengan Myanmar 1-0 manakala Indonesia berjaya menundukkan Vietnam 2-0. Pada perlawanan akhir ini menyaksikan sekali lagi Malaysia bertemu Indonesia yang merupakan musuh tradisi. Dapatkah Malaysia mengulangi kejayaan pada tahun 1977 dan 1979 di mana Malaysia memenagi pingat emas dua tahun berturut-turut.?


Sama sama kita saksikan perlawanan pada malam ini dan mendoakan kejayaan skuad Harimau Muda kita pada malam ini walaupun negara kita kehilangan berberapa tonggak utama seperti Izzaq Faris Ramlan , Fandi Othman dan Wan Zaharul Nizam.


Sama sama kita doakan kejayaan Harimau Muda malam ini

Sumber : Malaysian Football Team dan Info dan Ranking Bola Sepak Malaysia

2 comments: