Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad
Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke
makam Rasulullah SAW di Madinah. Di tengah perjalanan,dia berjumpa
dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas. Pemuda tersebut
memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya.
"Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan?"
"Boleh."
Maka pemuda itu
pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke
Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an
dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu
siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan
munajat kepada Allah.
Di kala orang lain sedang rehat
atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan
pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak
letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat
sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.
Setelah beberapa hari berjalan
sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sebuk
dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah
dengan Abu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya
kepadanya mengenai kerajinnannya:
"Wahai
anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal
letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu
Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan
mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam
tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu
bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu
bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah
secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum
kepada ku dan berkata: "Wahai pemuda! Bersungguh-sungguhlah engkau
kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi
milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.
Demikianlah
si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu
pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih
dalam beribadat kepada Allah. Kerana barang siapa yang
bersungguh-sungguh maka dia pasti memperolehi manfaatnya. Setelah
mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya
agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT secara jelas menceritakan di dalam al-Qur'an bahawa balasan
untuk orang-orang yang bertaqwa adalah balasan Syurga seluas langit dan
bumi di hari akhirat nanti. Kenikmatan di dalam Syurga yang banyak di
gambarkan di dalam al-Qur'an adalah kecantikan dan keindahan para
bidadari. Bidadari yang akan menjadi isteri-isteri orang-orang Mukmin di
Syurga nanti. Dibawah ini saya sertakan juga beberapa sifat-sifat
bidadari yang diceritakan didalam al-Qur'an.
1.
"Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan
jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang
tersimpan dengan baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52)
3. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan
pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula
oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)
4. "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula
oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)
8. "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. "mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan
mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs.
Ath-Thuur [52]: 20)
10. "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
11. "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan
langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi
sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
12. Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu
Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah,
jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata
jeli”.”
Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman
Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Surah Al-Waqi'ah: 23)
Baginda menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah,
“˜Di dalam Syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi
cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Baginda menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”
Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka
adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah
Ash-Shaaffaat: 49)
Baginda menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di
bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa
disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah: 37)
Baginda menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia
lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah
tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai
wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya
sebaya.” ................(hingga akhir hadis).
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Setiap
lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada
umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang
berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan
diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Firman Allah SWT maksudnya :
"Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa
berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang
diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara
mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah
dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka
bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka
dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah SWT
telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih,
hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik
dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya
mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai
buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari
kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi
misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari
nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari
emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10
perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."
"Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan
dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100
orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung
oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan
digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang
sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat
mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas,
kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh
oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka."
"Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan
mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya.
Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang
terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat
sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai
kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat
di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan
purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat
memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari
itu lebih baik dari dunia dan seisinya."
Kisah
mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah SWT dalam
al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi SAW adalah sebagai motivasi kepada
orang-orang Mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini
adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan
yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia
ini.
Jauhilah segala kemungkaran
kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka
yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran
akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah
SWT.
Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah
dengan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang
menantinya disana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan
suami-suami mereka yang masih berada didunia lagi.
Bidadari-bidadari yang berada di Syurga marah kepada isteri orang Mukmin
di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri
yang di dunia ini adalah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang
di Syurga adalah isteri-isteri yang kekal abadi untuk orang-orang
Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di Syurga
nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.
Ya, sahabatku, dunia ini adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat
adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat
yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di
tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat
tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan
mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari menanti
kalian di sana in sya Allah.
Kepada para Muslimah, ketahuilah bahawa Allah SWT
juga telah berfirman, wanita solehah, akan menjadi ketua bidadari
kelak di syurga, dan mereka akan memiliki kecantikan dan keindahan
lebih dari bidadari syurga itu sendiri...Allahu wa Rasululuhu Alam (Allah dan Rasul juga yang lebih mengetahui)...
Daripada
Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang
panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih
baik atau bidadari?” “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari
sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Baginda
menjawab, Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda
menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah
akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan
sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan
kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Dunia
akhir zaman ini sememangnya penuh dengan cubaan, dugaan. Cabaran,
dugaan inilah yang akan menyukarkan usaha kita sebagai hamba Allah SWT
untuk menjadi berubah kepada yang lebih baik. Akan tetapi, siapa tahu
kita bakal memperolehi hidayah ketika sedang dalam usaha mendekatkan
kembali diri kita dengan Allah SWT. Sekian.
Sumber