Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K
serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir,
perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih
baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal
sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan
duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin
jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit
anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling
kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos
ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai
buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak
kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir
dan tidak perlu.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan
bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan
kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu
melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga
anda semua merasa tenang dan bahagia.
Just copy paste dari seorang kawan untuk di kongsi bersama
No comments:
Post a Comment